PENGENALAN

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI
SEKOLAH KEBANGSAAN BAWANG, PITAS, SABAH.


















~Pengarang~
~ Fasilitator Schoolnet SK Bawang, Pitas~

Tuesday, January 26, 2010 at 5:03 PM , 0 Comments

TENTANG S.K. BAWANG, PITAS, SABAH.

LATAR BELAKANG:

Ditubuhkan pada tahun 1985. Sekolah ini terletak di Kampung Bawang, daerah Pitas, Sabah.
Mulanya sekolah ini merupakan Sekolah Cawangan SK. Pekan, Pitas dan hanya mempunyai 45 orang murid sahaja.
Usaha pembinaan sekolah ini di lakukan dengan semangat gotong royong ahli-ahli PIBG serta masyarakat setempat.
Bangunan dan perabotnya dibuat daripada kayu dan buluh sementara atapnya adalah zink.

Pada tahun 1986, kerajaan telah membangunkan sekolah dengan menggantikan bangunan sekolah kepada
dinding serta lantai daripada papan dan atap zink. Banyak infrastruktur telah dilakukan oleh kerajaan untuk membangunkan
Sekolah Kebangsaan Bawang, Pitas, Sabah. Misalnya pembinaan Makmal Komputer pada tahun 2002,
seterusnya kerajaan membina bangunan Pra-Sekolah pada tahun 2003. Pada tahun 2009, pembinaan
bangunan Pemulihan/Pendidikan Khas yang lebih luas telah dilaksanakan.

Murid yang bersekolah di S.K. Bawang, Pitas, Sabah berasal daripada kampung berdekatan misalnya,
Kampung Bawang, kampung Pauh, Kampung Perpaduan Saab, dan Kampung Rumah Batu.

Pada masa kini, pelbagai kemudahan telah ada di S.K. Bawang, Pitas, Sabah, iaitu 2 buah bangunan kayu untuk
Pengajaran dan Pembelajaran serta Pentadbiran, 1 buah bangunan *Pasang Siap* untuk penempatan Bilik Makmal P&P
dan Bilik Guru, 3 buah bangunan konkrit iaitu Pra-Sekolah, Bangunan Pemulihan/Pendidikan Khas
dan Makmal Komputer selain itu terdapat Stor Konkrit Sistem Telaga Tiub.

--


VISI SEKOLAH :
"Menjadikan SK. Bawang,Pitas antara sekolah terbilang dalam Daerah Pitas menjelang tahun 2015".

MISI SEKOLAH :
"SK. Bawang akan memastikan semua pelajar mendapat khidmat pendidikan supaya :


MOTO SEKOLAH :
“ ILMU SULUH HIDUP “
--

PIAGAM PELANGGAN:

Mengamalkan budaya kerja cemerlang

Memantapkan pengurusan organisasi

Memastikan pelajar yang memasuki tahap dua (2) telah menguasai 3M atau menguasai LINUS

Melahirkan pelajar yang bersahsiah dan berketrampilan unggul.

Memberi pengajaran dan pembelajaran yang seimbang dan harmonis dari segi INTELEK, ROHANI, EMOSI, JASMANI DAN SOSIAL.

Berusaha memberi perkhidmatan yang cepat, cekap dan menepati kehendak pelanggan.

Berusaha meningkatkan tahap perkhidmatan yang berkualiti.

Berusaha melahirkan pelajar-pelajar yang berdisiplin, bertanggungjawab dan celik IT.

Berusaha menjadikan sekolah sebagai sebuah tempat yang selesa dan kondusif untuk menimba ilmu.


----


LAGU SEKOLAH:
-----------------------------------------------
Berdisiplin, Berilmu Dan Berwawasan
Cogan Kata Menjadi Teras Panduan
Keazaman Meningkatkan Kemajuan
Semangatmu Tetap Kami Pertahankan

SK Bawang, Terus Mara Kehadapan
Tak Kira Apa Halangan
SK Bawang,Menuju Kegemilangan
Impianmu Pasti Jadi Kenyataan

Guru –Guru Budimu Kami Kenangkan
Setiap Waktu Berikan Pendidikan
Tak Pernah Kenal Erti Kesengsaraan
Semaikanlah Dengan Penuh Kesungguhan

SK Bawang, Terus Mara Kehadapan
Tak Kira Apa Halangan
SK Bawang,Menuju Kegemilangan
Impianmu Pasti Jadi Kenyataan
-------------------------------------------------

Friday, January 15, 2010 at 10:09 PM , 0 Comments

LINK FASILITATOR SCHOOLNET


Salam Sejahtera...

Dalam ruangan ini, saya akan memberikan beberapa link berkaitan dengan Fasilitator Schoolnet.

Laman Web Rasmi Fasilitator Schoolnet

Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Maklumat

Kementerian Pelajaran Malaysia

Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia

Gitn SchoolNet

~updated~

Friday, January 1, 2010 at 8:10 PM , 0 Comments

Paparan

accutane